# (Integration of Geophysical Methods for Cavity Detection using 2-D Cross Plot Models) > Araha N.A.M. URL kanonis: https://discover.unhas.ac.id/publications/pub_scopus_105040799214 Jurnal / Konferensi: Sains Malaysiana Tahun terbit: 2026 DOI: https://doi.org/10.17576/jsm-2026-5505-02 ISSN: 01266039 Kuartil SJR: Q2 Citations: 0 ## Authors - Araha N.A.M. ## Abstract Rongga ialah ruang kosong di bawah permukaan yang boleh terbentuk melalui proses semula jadi atau aktiviti manusia. Fenomena ini sering berlaku apabila air bawah tanah melarutkan batuan yang mudah larut, sekali gus menimbulkan risiko terhadap infrastruktur dan harta benda. Rongga lazim ditemui dalam formasi karbonat dan evaporit seperti batu kapur dan gipsum. Untuk meneliti ciri rongga dengan lebih terperinci, kaedah Tomografi Keberintangan Geoelektrik (ERT) dan Tomografi Pembiasan Seismos (SRT) digunakan. Memandangkan setiap kaedah mempunyai kekangan jika ditafsir secara berasingan, teknik plot silang 2-D diterapkan bagi meningkatkan ketepatan interpretasi bawah permukaan. Teknik ini memaparkan hubungan antara keberintangan dan halaju seismos, sekali gus memudahkan pengesanan anomali. Kajian dijalankan di Kompleks Gua, Dabong, Kelantan dengan objektif mengintegrasikan model ERT dan SRT bagi mengesan rongga melalui model plot silang 2-D. Data diperoleh melalui empat garisan tinjauan selari. Model yang dihasilkan menunjukkan korelasi jelas antara keberintangan ≥170 Ωm dan halaju gelombang-P <1500 m/s hingga kedalaman sekitar 2-3 m. Secara keseluruhannya, model plot silang 2-D bersepadu ini berkesan dalam mengesan rongga serta meningkatkan resolusi bawah permukaan, seterusnya membolehkan struktur geologi digariskan dengan lebih tepat. Pendekatan ini turut menyumbang kepada pemahaman bawah permukaan, termasuk pengenalpastian jenis batuan, zon tepu air, zon kelemahan dan pengisian rongga, selain menyokong usaha mitigasi geobencana. ## Keywords - Physics - Environmental science - Forestry - Mathematics - First order - Chemistry - Humanities - Nuclear chemistry - Water equivalent - Geomorphology --- Sumber: Discover Unhas — RIMS Universitas Hasanuddin. Saat mengutip, gunakan DOI bila tersedia atau URL kanonis di atas.