Share

Export Citation

APA
MLA
Chicago
Harvard
Vancouver
BIBTEX
RIS
Universitas Hasanuddin
Research output:Contribution to journalArticlepeer-review

(Integration of Geophysical Methods for Cavity Detection using 2-D Cross Plot Models)

Araha N.A.M.

Sains Malaysiana

Q2
Published: 2026

Abstract

Rongga ialah ruang kosong di bawah permukaan yang boleh terbentuk melalui proses semula jadi atau aktiviti manusia. Fenomena ini sering berlaku apabila air bawah tanah melarutkan batuan yang mudah larut, sekali gus menimbulkan risiko terhadap infrastruktur dan harta benda. Rongga lazim ditemui dalam formasi karbonat dan evaporit seperti batu kapur dan gipsum. Untuk meneliti ciri rongga dengan lebih terperinci, kaedah Tomografi Keberintangan Geoelektrik (ERT) dan Tomografi Pembiasan Seismos (SRT) digunakan. Memandangkan setiap kaedah mempunyai kekangan jika ditafsir secara berasingan, teknik plot silang 2-D diterapkan bagi meningkatkan ketepatan interpretasi bawah permukaan. Teknik ini memaparkan hubungan antara keberintangan dan halaju seismos, sekali gus memudahkan pengesanan anomali. Kajian dijalankan di Kompleks Gua, Dabong, Kelantan dengan objektif mengintegrasikan model ERT dan SRT bagi mengesan rongga melalui model plot silang 2-D. Data diperoleh melalui empat garisan tinjauan selari. Model yang dihasilkan menunjukkan korelasi jelas antara keberintangan ≥170 Ωm dan halaju gelombang-P <1500 m/s hingga kedalaman sekitar 2-3 m. Secara keseluruhannya, model plot silang 2-D bersepadu ini berkesan dalam mengesan rongga serta meningkatkan resolusi bawah permukaan, seterusnya membolehkan struktur geologi digariskan dengan lebih tepat. Pendekatan ini turut menyumbang kepada pemahaman bawah permukaan, termasuk pengenalpastian jenis batuan, zon tepu air, zon kelemahan dan pengisian rongga, selain menyokong usaha mitigasi geobencana.

Access to Document

10.17576/jsm-2026-5505-02

Other files and links

Fingerprint

PhysicsSciences
Environmental scienceSciences
ForestrySciences
MathematicsSciences
First orderSciences
ChemistrySciences
HumanitiesSciences
Nuclear chemistrySciences
Water equivalentSciences
GeomorphologySciences